Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat
Menurut Muhammad (2007), Iman adalah ucapan dan perbuatan. Ucapan
hati dan lisan, dan amal hati, lisan dan anggota tubuh, iman itu bertambah
dengan taat dan berkurang dengan maksiat.
Seperti yang telah ditakrifkan oleh Muhammad, Iman terdiri daripada tiga
aspek utama iaitu membenarkan dengan hati (al-tasdiq bi al-qalb), berikrar
dengan lisan (al-iqrar bi al-lisan), dan membuktikannya dengan anggota badan
(al-‘amal bi al-jawarih) namun terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa
aspek ketiga iaitu al-‘amal dengan istilah al-‘amal bi al-arkan yang bermaksud melaksanakan
rukun-rukun Islam. Daripada bacaan
penulis, konsep dapat difaham dengan dua keadaan menurut fahaman dan pegang
mazhab atau aliran masing-masing iaitu terdapat mazhab yang menerima
ketiga-tiga aspek secara mantap dalam mendefinisikan Iman itu dengan mengatakan
seseorang itu dikatakan beriman dengan al-tasdiq bi al-qalb, al-iqrar bi
al-lisan, al-‘amal bi al-jawarih atau al-‘amal bi al-arkan. Aliran lain ada juga yang hanya menekankan
aspek pertama iaitu membenarkan dengan hati sahaja kerana aspek kedua dan
ketiga dianggap sekadar cabang-cabang iman oleh aliran selain Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Pendapat kedua ini adalah
golongan yang berpegang bahawa erti iman itu sebagai ma’rifah dan tasdiq
seperti aliran Murjiah.
Dalam Aspek Definisi Iman
Perbezaan dan persamaan pendapat dalam konsep Iman berkaitan ketiga-tiga
aspek tersebut. Aliran Khawarij antara
mengatakan pengertian Iman itu iala, beriktikad dalam hati dan berikrar dengan
lidah serta menjauhkan diri dari segala dosa.
Pengertian yang diberikan oleh Khawarij ini, terdapat persamaan dengan
golongan Mu’tazilah pada al-tasdiq bi al-qalb dan al-iqrar bi al-lisan, tetapi
berbeza pada aspek yang ketiga di dalam
hal menjauhkan diri dari segala dosa iaitu dosa besar dan dosa kecil manakala bagi
golongan Mu’tazilah pula hanya perlu menjauhkan diri daripada dosa besar
sahaja. Manakala bagi golongan Murjiah pula,
menurut al-Bazdawi majoriti daripada mereka berpendapat Iman itu hanya ma’rifatul yakni mengenal
Allah semata-mata dan tidak perlu membenarkan di dalam hati, diikrarkan dengan
lisan dan dibuktikan dengan amalan. Hal
ini bercanggahan dengan Ulama akidah Ahli al-Sunnah Wal-Jamaah berpendapat,
iman merupakan istilah yang mengandungi tiga unsur iaitu ikrar (ucapan) dengan
lisan, tasdiq (membenarkan) dengan hati dan amal (melaksanakan) dengan anggot
(Mohd shah, 2014). Terdapat persaman antara
konsep Murjiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menekankan hati bagi Iman sebagai pengakuan seseorang
namun golongan Murjiah menggunakan
perkataan ma’rifah, sementara Ahli Sunnah Wal Jamaah menggunakan al-tasdiq.
Dalam Aspek Sumber Aqidah
Dalam Aspek Sumber Aqidah
Sumber aqidah islam
adalah Al-Quran dan al-hadith. Apa saja yang disampaikan oleh Allah swt dalam
Al-Quran dan oleh Rasulullah saw dalam sunnah-nya wajib diyakini dan diamalkan
oleh orang islam. Al-Quran merupakan kitab
suci yang diwahyukan Allah swt kepada Nabi
Muhammad melalui Malaikat Jibril dan ia merupakan mukjizat sebagai rahmat dan
petunjuk kepada umat manusia dalam kehidupannya. Kandungan dan maksud di dalam Al-quran
merupakan kenyataan yang kekal dan abadi tanpa berlaku perubahan merupakan
sebab kitab ini menjadi sumber utama dalam aqidah (Dr. Abdullah, 2003). Rasulullah telah menyebut di dalam sebuah
Hadis:
تَرَكْتُ
فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَصِلُّوا أَبَدًا كِتَابَ
اللهِ و سُنَّةَ و رَسُوْلِهِ
“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara, jika kalian berpegang
teguh dengan keduanya kalian tidak akan sesat selamanya, yaitu kitabullah dan
Sunnah Rasul-Nya”
.
Terdapat juga golongan yang mengiktiraf akal dan pancaindera
sebagai sumber ilmu yang diiktiraf menurut Mohd Aizam (2013) menurut Imam
al-Taftazani sumber-sumber ilmu ada tiga iaitu al-khabar al-sadiq (perkhabaran
yang benar iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah), al-’aql (akal) dan al-hawas
(pancaindera). Bagaimanapun keupayaan
akal dan pancaindera dalam mensabitkan aqidah adalah tertakluk kepada
kemampuannya selagi mana tidak bercanggah dengan nas-nas al-Qur’an dan hadith
Rasulullah SAW yang sahih. Oleh itu, ahli sunnah wal jamaah mengambil sumber
aqidah itu adalah al-quran dan al-hadith dengan di sokong penghayatan akal tanpa
mengabaikan nas al-quran. Muktizalah
merupakan contoh aliran yang melampau dalam menggunakan akal sehingga
mengenepikan nusus al-quran dan al-hadith.
Usaha yang mudah perlu dilakukan untuk memberi pendedahan kepada
masyarakat bukan islam dan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat islam itu
sendiri maka menyatukan antara aqli dan naqli itu akan menjadi mudah tetapi
jika timbul sesuatu isu aqidah nusus al-quran dan al-hadith hendaklah
diutamakan daripada akal dan pancaindera.
Dalam menentukan masalah agama, masalah aqliyyah dan masalah sam’iyyat
tidak boleh dicampur aduk dan perlu dikembalikan kepada sumbernya. Islam tidak membenarkan golongan yang
melampau dalam penggunaan akal dan tidak juga membenarkan memandang rendah
terhadap kemampuan akal manusia yang telah dikurniakan oleh Allah. Syeikh
al-Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Akal merupakan syarat untuk memahami ilmu
memahami ilmu dan kesempurnaan alam amal, dengan keduanyalah ilmu dan amal
menjadi sempurna. Hanya saja, ia tidak dapat berdiri sendiri. Di dalam jiwa, ia
berfungsi sebagai sumber kekuatan, sama seperti kekuatan penglihatan pada mata
yang jika mendapatkan cahaya iman dan al-Qur’an, ia seperti mendapatkan cahaya
matahari dan api. Akan tetapi, jika ia berdiri sendiri, ia akan mampu melihat (hakikat)
sesuatu dan jika sama sekali dihilangkan, ia akan menjadi sesuatu yang berunsur
“kebinatangan” (Mohd Aizam, 2013). Oleh
itu, umat islam hendak berpegang teguh dengan kitab suci al-quran dan al-hadith
tetapi dalam masa yang sama tdak mengabaikan fungsi akal dan pancaindera dalam
menyokong kebenaran wahyu.
Dalam Aspek Pemdekatam Aqidah
Dalam Aspek Pemdekatam Aqidah
Pendekatan ilmu aqidah yang digunakan mestilah diambil berat akan
penguasaan ilmu, keterbukaan dan memahami reality (waqi’) seseorang kerana
penguasaan ilmu yang baik pada diri seseorang akan mengurangkan konflk dan
salah faham mengenai sesuatu perkara begitu jugak keterbukaan akan mengelakkan
manusia menjadi taksub dan kurang adab sehingga boleh dianggap bid’ah. Keperluan memahami realiti juga penting agar
setiap pendekatan yang diketengahkan sesuai dengan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh mengutamakan pengajaran aqidah
yang bersifat mesra tempatan dan sesuai dengan latar belakang masyarakat
seperti umat islam di Malaysia memegang aqidah berdasarkan aliran Ahli Sunnah
wal Jamaah. Selain itu, pendekatan yang
diambil mestilah diterangkan secara jelas mengenai perkara-perkara yang
menyalahi usul aqidah serta tidak bersifat mengkafirkan, membid’ahkan atau
menfasiqkan orang lain atas perkara-perkara yang menjadi khilaf dalam kalangan
ahli sunnah wal jamaah contohnya cubaan memperlekehkan pendekatan sifat 20 yang
berteraskan aliran mazhab al-Asya’irah.
Pendekatan yang diambil dengan mengajarkan sifat 20 adalah satu
pendekatan yang diambil bagi memudahkan orang awam untuk memahami persoalan
tauhid agar kehidupan manusia selaras dengan kefahaman aqidah yang
sebenar. Oleh itu, amat rugi jika
masyarakat pada hari ini masih kolot dan bertikam lidah mengenai perkara ini
kerana ia merupakan pendekatan positif untuk umat manusia.
Dalam Aspek Perkara Illahiyyat
Dalam Aspek Perkara Illahiyyat
Rukun Iman yang pertama adalah beriman atau kepercayaan kepada
Allah S.W.T ia merupakan perkara illahiyat di dalam Aqidah. Umat Islam wajib percaya akan kewujudan Allah
yang Maha Esa dan manusia boleh berfikir
akan kejadian Allah tetapi sekadar mempelajari
zat, sifat dan af’al Allah SWT sahaja tanpa perlu memikirkannya kerana
perkara tidak akan tercapai di akal
manusia. Aliran Ahli sunnah wal jamaah
tidak terlalu melampau dan tidak terlalu
longgar tetapi berada di tengah-tengah.
Golongan melampau mengatakan mereka mengenal zat Allah secara hakikat
manakala golongan atheist pulak tidak percaya akan kewujudan Allah daripada
perkataan atheist itu sendiri ‘a’ bermaksud absence dan ‘theist’ bermaksud
god. Allah itu mempunyai zat yang maha
sempurna yang tidak ada apa-apa kekurangan serta tidak menyerupai apapun yang telah dicipta olehNya. Dari sudut sifat-sifat Allah pula, ada
golongan yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk dan mentajsimkan Allah
seperti mengatakan Allah itu mempunyai
tangan yang sama dengan makhluk ciptaanNya iaitu manusia. Manakala, ada juga golongan yang menafikan
dan menyelewengkan maksud sifat-sifat Allah.
Seterusnya, mazhab jabariyyah
menyandarkan semua perbuatan kepada Allah dan tiada daya upaya kecuali
dipaksakan oleh Allah manakala mazhab qadariyyah pula menafikan perbuatan Allah
sehingga menolak kekuasaan Allah dan campur tangan Allah dalam amal perbuatan
manusia (Mohd Aizam, 2013) hal ini bercanggah dengan golongan ahli sunnah wal
jamaah yang menetapkan bahawa Allah swt adalah pencipta kepada perbuatan
manusia secara hakiki sebagaimana firman Allah swt di dalm surah al-saffaat
ayat ke 96 mafhumnya adalah “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda
yang kamu buat itu!”
Dalam Aspek Perkara Nubuwwat
Nubuwwat pula adalah perkara berkaitan dengan kepercayaan kepada
Para Nabi dan Rasul yang telah diutuskan oleh Allah SWT. Menurut Haji Osamn ( 2003), para Rasul ialah
orang yang telah dipilih oleh Allah untuk menyampaikan apa yang wajib dilakukan
kerana perintah Allah dan apa yang wajib dijauhi kerana telah menjadi pantang
larangNya. Namun terdapat golongan yang terlalu mendewakan baginda
Rasulullah saw da nada juga golongan yang mendustakan para nabi dengan
melemparkan pelbagai tuduhan. Golongan
Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil pendekatan untuk meneruskan sunnah baginda dan
menegakkan risalah yang telah ditinggalkan oleh baginda rasulullah berbanding
sekadar mengagung-agungkan jasad dan keturunan baginda kerana terdapat
segelintir golongan yang mengaku menintai baginda tetapi kecintaan itu tidak
seimbang antara cinta kpada jasad baginda dan cinta kepada sunnah baginda
sebagai contoh menghadiri majlis malam cinta rasul yang dihiasi alunan qasidah
atau nasyid yang memuji baginda tetapi sanggup meninggalkan solat yang telah
difardhukan keatasnya. Hal ini bersalah
dengan batas-batas hukum di dalam risalah yang ditinggalkan oleh baginda. Allah swt berfirman:
مَا
أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ
وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا
يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ
إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Terjemahan: Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah
kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka
adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar
di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul
kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.
Dalam Aspek Ghaibiyyat
Dalam Aspek Ghaibiyyat
Allah bukan sahaja mencipta alam dunia tetapi Dia juga mencipta
alam akhirat yang membawa hikmat kepada umat manusia bahawa Allah itu
benar-benar Maha Adil (Haji Osman, 2003).
Justeru, orang islam wajib mempercayai perkara-perkara ghaib yang
diwahyukan oleh Allah swt di dalam kitab suci Al-quran dan as-sunnah tanpa
sebarang tokok tambah dan takwilan yang batil.
Perkara sam’iyyat atau ghaibiyyat antaranya seperti beriman kepada hari
akhirat, alam barzakh, titian sirath, malaikat dan sebagainya. Dalam perkara ini, manusia tidak boleh
keterlaluan mencari dan membongkar hakikat contohnya manusia meminta
pertolongan daripada makhluk halus untuk memenuhi keperluannya dengan
menganggap makhluk tersebut mengetahui perkara-perkara ghaib sedangkan Allah
menegah jin daripada mengetahui perkara yang ghaib. Kepercayaan sebegini akan membawa kepada
berlakunya penyelewengan aqidah.
Walaubagaimana pun, manusia juga tidak boleh menolak sepenuhnya akan
wujudnya perkara-perkara ghaib walaupun ia tidak boleh dilihat, disentuh,
dihidu, dirasa dan didengar. Oleh itu, pendekatan yang diambil oleh ahli sunnah
wal jamaah merupakan jalan terbaik dengan meyakini perkara-perkara sam’iyyat dan
ghaibiyyat yang telah disebutkan oleh Allah di dalam Al-quran dan as-sunnah.
Kesimpulan, umat islam tidak boleh terlalu menerima dan menolak
sesuatu manhaj aqidah tetapi hendaklah mengambil jalan tengah berasarkan
batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-quran dan
as-sunnah baginda rasulullah saw.
Perkara-perkara khilafiyyah sudah lama menjadi perbahasan dan perbalahan
maka rugilah bagi mereka yang masih berselisihan faham dan beruntunglah bagi
mereka yang menerima perbezaan yang sebenarnya mempunyai maqasid yang sama
dalam menegakkan agama islam yang suci dan meneruskan perjuangan baginda
rasulullah. Al-quran dan As-sunnah
merupakan sumber yang terpelihari kandungan dan maksudnya maka ia amatlah
sesuai untuk dijadikan sebagai pedoman hidup buat umat manusia sehingga ke hari
akhirat kelak.
oleh,
Nur Izni Farisya Binti Mohmad Yusof.
PIMK 3043
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-