USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)
Pendidikan
Suatu Usaha Berterusan- Program Khas Pensiswazah Guru (PKPG)
Pendidikan merupakan satu
proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni serta
mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam diri
individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan
dari rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj
Husin & Kamarul Azhar, 1994). Pendidikan
boleh dipecahkan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan Formal.
Pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malayisa (KPM)
adalah sistem pendidikan formal iaitu satu pendidikan yang mempunyai sukatan
pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain
lagi. Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas
tahun. Hal ini boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti.
Pembelajaran yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebenarnya bukan berhenti di sekolah malahan ianya
berterusan sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi dan seterusnya sepanjang
hayat. Terdapat banyak program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi
mewujudkan budaya belajar sepanjang hayat.
Antaranya ialah Program
Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) yang merupakan program khas Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) yang telah dilaksanakan mulai tahun 1999 dan telah
ditamatkan ambilannya pada tahun 2006. Program
ini melibatkan kerjasama IPTA dengan IPG.
Program ini sebenarnya menggalakan
golongan guru untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi bagi memberi peluang
kepada golongan ini meneruskan lagi pembelajaran. Selain itu, program ini telah memberikan kesedaran
kepada guru supaya mereka bukan setakat mempunyai diploma sahaja, malah mereka
digalakan untuk belajar ke peringkat yang paling tinggi.
Pada hemat penulis, Program Khas Pensiswazah
Guru (PKPG) ini sebenarnya memberi suntikan semangat yang baru kepada guru
untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam membantu
seseorang guru itu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Perubahan dan perkembangan dunia hari ini
dalam pelbagai disiplin memerlukan setiap individu itu sentiasa berpandangan
jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di
negara kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak
perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke–21.
Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre
for academic excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa
memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke
taraf dunia atau memperoleh status “World Class Education”. Pendidikan bertaraf
dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan
negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredibiliti yang diakui dan diterima diperingkat antarabangsa.
Perubahan yang pantas
memerlukan individu yang sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan,
keupayaan dan sikap. Melalui Program
ini, guru akan dapat melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan
seperti ilmu psikologi kanak–kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu mengenai
kurikulum dan sebagainya. Pembelajaran berterusan adalah
penting untuk seseorang itu menjadi lebih profesional dan sentiasa relevan
mengikut perubahan semasa kerana suatu kemahiran memerlukan pengetahuan. Konsep
pembelajaran sepanjang hayat juga dibincangkan oleh Basil Yeaxlee dan Edward
Lindman (1926) yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan aspek yang berterusan
dalam kehidupan manusia. Setiap guru
perlu mempunyai semangat dan cita – cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan
dengan menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap
guru juga perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkembangan
dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan cabaran yang
dihadapi dari masa ke masa. Memetik
kata–kata Pat Basset, Presiden National Assosiation of
Independent School (2009) bahawa terdapat satu korelasi yang
kuat secara langsung antara perkembangan profesional guru terhadap pencapaian
murid. Jelaslah bahawa PKPG ini dapat membantu merealisasikan elemen yang ingin
menjadikan pendidikan itu sebagai satu usaha yang berterusan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana perubahan yang berlaku dalam era globalisasi
kini menuntut setiap guru untuk menguasai ilmu dalam menghadapi kerjaya sebagai seorang guru yang lebih mencabar pada masa
akan datang.
Perkembangkan Potensi Individu- Penglibatan dalam kegiatan Sukan, Kelab
dan Persatuan.
Seterusnya, usaha
yang dilakukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memperkembangkan
Potensi Individu ialah mewujudkan aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar. Penglibatan pelajar dalam
kegiatan sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam yang dilaksanakan di
setiap sekolah selepas proses pembelajaran merupakan contoh program yang telah
dilaksanakan. Program sebegitu telah
menggalakkan pelajar untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan.
Sebenarnya, mungkin juga ada dalam kalangan mereka ini yang mempunyai bakat
dalam menjadi pemimpin maka daripada penglibatan itu juga mereka akan bekerja
dalam satu kumpulan dan dapat melatih setiap daripada mereka untuk menjadi
ketua serta menjadi pengikut kepada ketua itu sendiri. Usaha ini wajar diteruskan kerana ia berupaya
mendedahkan pelajar tersebut agar dapat menampilkan diri mereka yang sebenar
suatu hari nanti kerana sepeti yang diperkatakan oleh Ee Ah Meng 1988, Setiap
individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu pula dapat diperkembangkan
menerusi aktiviti sosial. Namun begitu
tidak semua kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk
memperkembang dan mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan
penting dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan
terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh bagi
menunjukkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.
Pada pandangan penulis, seseorang pelajar dapat mengembangkan diri mereka dalam pelbagai bidang dengan melibatkan diri dalam kegiatan yang telah diusahakan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) itu. Sebagai contohnya, daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah melibatkan diri dalam pertandingan debat yang pernah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu di sekolah telah mampu membantu penulis mencungkil bakat yang terpendam sehingga mampu menjadi wakil negeri dan sudah semestinya dapat meningkatkan serta mengharumkan nama sekolah. Selain itu juga, kemahiran berkomunikasi dengan baik juga dapat dipelajari melalui penyertaan dalam pertandingan sebegitu. Hal ini membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam sukan, kelab dan persatuan sebenarnya dapat merealisasikan elemen yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangssan (FPK) yang ingin mengembangkan potensi setiap individu yang telah diberikan Tuhan.
Pada pandangan penulis, seseorang pelajar dapat mengembangkan diri mereka dalam pelbagai bidang dengan melibatkan diri dalam kegiatan yang telah diusahakan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) itu. Sebagai contohnya, daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah melibatkan diri dalam pertandingan debat yang pernah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu di sekolah telah mampu membantu penulis mencungkil bakat yang terpendam sehingga mampu menjadi wakil negeri dan sudah semestinya dapat meningkatkan serta mengharumkan nama sekolah. Selain itu juga, kemahiran berkomunikasi dengan baik juga dapat dipelajari melalui penyertaan dalam pertandingan sebegitu. Hal ini membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam sukan, kelab dan persatuan sebenarnya dapat merealisasikan elemen yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangssan (FPK) yang ingin mengembangkan potensi setiap individu yang telah diberikan Tuhan.
Tambah lagi, sebuah sekolah yang
berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni Kuching contohnya. Di sekolah ini, aktiviti berbentuk kesenian
sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar
belajar seperti biasa pada sebelah pagi.
Di sebelah petang pula, pelajar akan dibahagikan beberapa aktiviti yang
telah mereka pilih mengikut minat mereka. Antaranya mereka akan masuk kelas teater,
kelas tarian masyarakat, kelas muzik tradisonal, kelas syair dan puisi, kelas
pantun dan lain-lain lagi. Semasa
kegiatan ini dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan
bimbingan beberapa guru nanti. Dengan
demikian, pelajar tadi akan menjadi semakin mahir dalam minat yang telah mereka
pilih tadi. Ini akan memberikan satu
impak yang sangat berguna kepada pelajar di sekolah ini apabila mereka tamat
persekolahan nanti. Tegasnya di sini,
usaha seperti ini sangat penting untuk memperkembang potensi individu demi
melahirkan pelajar yang sentiasa ingin mencari kelebihan mereka.
Insan Yang Seimbang dan Harmonis (dari Segi Rohani dan Emosi)-
Program J-QAF dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Selain itu, Pendidikan di
Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu yang
seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani dan Sosial atau lebih
dikenali sebagai “JERIS”. Usaha ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Dari segi rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak
dan jati diri manusia. Sistem pendidikan
melahirkan watak dan jati diri yang sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya
Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan
agar setiap individu menyedari dan percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur
dengan pemberian Tuhan serta berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai
murni. Jika penerapan nilai-nilai moral
tidak ada dalam diri individu, maka keperibadian yang mulia tidak dapat
dilahirkan. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah
kebangsaan dengan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain
(J-QAF) yang merupakan satu usaha memperkasakan
Pendidikan Islam melalui
penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu
Ain yang
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan
moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar.
Pada pendapat penulis, program J-Qaf ini
sebenarnya telah mampu melahirkan pelajar yang mampu menguasai
kemahiran-kemaharin tententu seperti menulis dalam tulisan jawi, khatam
al-Quran dalam tempoh enam bulan, penglibatan dalam kem bestari solat,
menguasai Bahasa Arab Komunikasi dan lain-lain. Sebagai contoh, Menurut Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom, “MUNGKIN anda pernah menyaksikan sekumpulan murid sekolah rendah menghadiri
majlis khatam al-Quran beramai-ramai walaupun usia mereka tidak melebihi 12
tahun atau melihat murid sekolah yang sedang mengerjakan solat sunat dhuha atau
solat sunat hajat. Mereka juga mahir membaca doa selepas solat atau
menghuraikan hukum sesuatu perbuatan menurut syariat agama. Semua ini adalah sebahagian hasil kejayaan
program J-Qaf yang dilaksanakan di sekolah rendah sejak 2005.”. Hal ini jelas menyatakan bahawa, melalui
penglibatan pelajar dalam Kem Bestari Solat yang dilaksanakan dalam program
J-Qaf ini contohnya mampu melahirkan pelajar yang berkemampuan untuk menjadi
imam dalam solat, membaca al-Quran dengan lancar dan memahami asas agama dengan
baik.
Manakala, dari unsur emosi juga
perlu dititiberatkan dalam usaha melahirkan insan atau individu yang stabil
emosi. Unsur emosi ini disertakan bagi
menjamin emosi dan matang dan stabil, memiliki perasaan kasih sayang dan mempunyai
sifat kekitaan dan perpaduan yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa
kepada kestabilan negara. Usaha yang
telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan menubuhkan
Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga di setiap sekolah di mana ahlinya
dipilih dari kalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk
membantu rakan-rakan mereka. Usaha ini
wajar diteruskan agar dapat terus membantu rakan sebaya yang mempunyai konflik
emosi kerana sesetengah pelajar mungkin malu untuk meluahkan konflik emosi
mereka kepada guru kaunseling. Penjagaan
emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental
malah juga fizikal.
Pada
realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa para pelajar pada masa kini
akan mudah rasa tertekan dengan sesuatu keadaan atau masalah yang menimpa
mereka. Sebagai contoh, masalah keluarga
yang menjadi punca kegagalan mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Dengan kewujudan Persatuan Pembimbing Raya
Sebaya (PRS) ini dapat melatih seseorang pelajar itu memiliki dan memupuk
perasaan kasih sayang dan mempunya sifat kekitaan dan perpaduan dalam membantu
rakannya yang menghadapi masalah. Selain
itu, Persatuan ini juga turut memainkan peranan dalam memberi semangat dan
motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Program motivasi biasanya diadakan untuk
meningkatkan keyakinan para pelajar untuk mencapai kejayaan dan memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelas. Jelaslah, penubuhan PRS ini menyumbang kepada
pencapaian matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan-
Program NILAM
Tambah lagi, Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan cintakan ilmu pengetahuan, berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka untuk manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Rakyat Malaysia pada hari ini kurang membaca buku-buku ilmiah malah lebih memilih buku-buku berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya sebagai bahan bacaan diwaktu lapang. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan dalam merealisasikan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehubugan dengan itu, Program ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Tambah lagi, Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan cintakan ilmu pengetahuan, berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka untuk manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Rakyat Malaysia pada hari ini kurang membaca buku-buku ilmiah malah lebih memilih buku-buku berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya sebagai bahan bacaan diwaktu lapang. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan dalam merealisasikan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehubugan dengan itu, Program ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Pada hemat penulis, melalui program Nilam,
masyarakat yang minat membaca telah berjaya diwujudkan di Negara Malaysia ini. Para pelajar yang mengikut serta secara aktif
dalam program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ini akan mempunyai fikiran
yang luas dan lebih terbuka. Hal ini
kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam kuantiti
yang banyak. Melalui program ini , para
pelajar perlu membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dan kemudiannya direkodkan di dalam Buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam
kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak,
emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili
sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan yang secara tidak langsung mampu memupuk budaya ilmu dan budaya
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya,
amalan membaca akan mula menjadi hobi para pelajar pada waktu senggang. Aktiviti ini jauh lebih baik daripada
membiarkan masa yang terluang terbiar begitu sahaja, sebalinya jika diisi
dengan membaca ia mampu membantu mencapai target FPK untuk melahirkan rakyat
yang berilmu pengetahuan. Marcus Aurelis
pernah berkata, “jangan membuang masa memikirkan bagaimana untuk menjadi
orang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri sendiri dahulu”. Di sini jelaslah bahawa pelajar itu sendiri
perlu menggalakkan dirinya agar melakukan sesuatu yang baik seperti membaca
ketika waktu senggang.
Rakyat Malaysia Yang
Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan
Negara- Sekolah Wawasan
Usaha lain yang telah dilaksanakan oleh
Kememnterian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merialisasikan usaha pencapaian
matlamat rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara ialah dengan mewujudkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan dapat ditakrifkan sebagai
gabungan tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran iaitu Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) di dalam sebuah kawasan yang sama di mana mereka perlu
berkongsi beberpa kemudahan fizikal di sekolah itu (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001). Usaha ini amat selari
dengan elemen yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan,
hormat-menghormati dan sebagainya. Oleh
itu, penubuhan Sekolah Wawasan ini memberi banyak manfaat kepada generasi
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan ia wajar diteruskan bagi
menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam Negara dengan mengguna
pakai satu peraturan pelajaran iaitu meggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai
Bahasa pengantar.
Pada pandangan penulis, di Sekolah Wawasan,
generasi muda yang berlainan bangsan dan agama dapat bergaul sama ada melalui
aktiviti kurikulum ataupun aktiviti kokurikulum. Pergaulan tersebut dapat membantu mereka
memahami dan menghayati budaya masing-masing dan dengan itu dapat menghindarkan
sikap berprasangka antara kaum sekaligus memupuk perpaduan rakyat sejak dari
kecil lagi. Maka, hasrat untuk merealisasikan
intergrasi nasional dapat dilakukan sejak kanak-kanak lagi. Di samping itu, Sekolah Wawasan dapat memupuk
semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak mereka kanak-kanak lagi. Semangat ini muncul melalui pengalaman yang
ditempuh oleh para pelajar. Dalam hal ini, para pelajarakan membesar bersama-sama
selama enam tahun. Selama tempoh itu,
peluang untuk mereka bergaul, bekerjasama, dan sebagainya terbuka luas. Begitu juga, mereka berkesempatan untuk
mendepani segala permsalahan dan kekecewaan bersama-sama dan seterusnya mengenal
hati budi masing-masing. Melalui
pengalaman unik tersebut, akan wujudlah semangat kekitaan dalam kalangan mereka
dan seterusnya menyedarkan mereka bahawa negara ini
adalah milik mereka bersama.Kesedaran itulah yang akan melahirkan
semangat patriotik dalam kalangan mereka.
Tegaslah bahawa Sekolah
Wawasan memberi kesempatan kepada setiap bangsa untuk lebih bertolak ansur,
bertimbang-rasa dan bertoleransi dalam persaingan yang sihat dari aspek
akademik. Di samping itu, ia juga dapat
memantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan dapat melahirkan
semangat permuafakatan yang lebih harmonis.
KESIMPULAN
Berdasarkan FPK, terdapat
pelbagai usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) seperti mewujudkan program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG),
Program Nilam, Program J-Qaf dan banyak lagi. Hal ini jelas membuktikan bahawa
tujuan pendidikan bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma
tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang
supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang
berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti dengan memastikan
bahawa setiap elemen yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan (FKP)
dapat dicapai dengan jayanya melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh KPM
khusunya.
Disediakan oleh,
Nur Izni Farisya Binti Mohmad Yusof.
GPP 1063
PPISMP PA
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-