Sedetik Lebih . . .
"...Kasihku ku amat mencintai kamu kerana kau beri erti hidup.
Ku kan terus mencintai sedetik lebih selepas selamanya..."
~~Sayu mendengar lagu Anuar Zain ini.
Begitu menusuk kalbu dan membuai
jiwa.
Adakah aku akan berasa sedemikian jika mendengar sewaktu hatiku gembira?
(agak meraguinya, namun kemungkinan itu ada.)
Cuma ia bukanlah kesedihan,
tetapi boleh dikatakan sebagai ‘Kesyahduan dalam kegembiraan’.
Satu yg saya belajar tentang lagu ialah kebanyakkannya berkisarkan kisah
kehidupan.
Ada suka. Ada duka. Ada tawa. Ada seloka.
Liriknya pula menguatkan lagi keasyikan kita mendengar lagu tersebut.
Menghayati penceritaan disebalik apa yang cuba disampaikan oleh penggubah lagu
dan penulis lirik.
Kemudian secara tak langsung mengaitkan ia dgn diri kita.
Apabila lagu berkenaan berkait benar dengan kehidupan kita, maka kita akan
mudah tersentuh.
Mudah mengalirkan ai rmata dgn setiap liriknya kerana ia
seperti cerita kita yg dikisahkan, dan suara hati kita yg diperdengarkan kepada
umum.
Tidak hairanah ramai yg mampu menangis meskipun mendengar sebuah lagu yg cuma beberapa minit.
Kerana . . .
dalam beberapa minit itu, mengandungi 1001 rasa,
1001 kisah yg hanya seseorg itu dpt fahami.
Mengambil bait dlm lirik lagu berkenaan membuatkan saya terfikir.
Apakah
yg akan saya lakukan jika saya mempunyai sedetik lebih daripada apa yg sedang
atau telah saya lalui?
dan
Apakah yg akan saya ubah atau mungkin saya akan lakukan
?
ada masa2nya , sedetik itu dirasakan amat bermakna kerana di dalam sedetik itu
mengandungi harapan.
Sedetik lebih... itu membuatkan kita merasa kita mampu
mengubah sesuatu.
Sedetik lebih... utk kita perbaiki diri.
Sedetik lebih... utk kita tidak
mengulangi kesilapan.
Sedetik lebih... utk kita tak melakukan apa yg akan kita
sesalkan.
Sedetik lebih... utk segala2nya pada masa2 tertentu begitu bermakna buat
diri kita.
Kadangkala kita tak menghargai masa dan peluang
yg ada di depan mata.
Kita menjangkakan kita masih mempunyai banyak masa.
Kita masih mempunyai banyak peluang dan ruang.
Sehingga sesuatu terjadi, dan kita tegamam.
Sewaktu itu barulah kita
sedar bahawa kita perlukan sedetik lebih berkenaan.
Org kata:
"..menyesali dan berharap kepda sesuatu
yg bukan lagi di dalam genggaman kita adalah perkara yg sia-sia. Sewaktu kita
genggam itulah seharusnya kita gunakan sebaiknya. Sama seperti setiap detik dan
setiap saat. Kita pastikan ia bermakna."
Sedetik itu adalah telalu terlalu singkat!
Lebih2 lagi bagi mereka yg mengharapkan dapat membuat perubahan dalam sedetik
berkenaan.
Sedetik juga boleh menjadi terlalu panjang, buat mereka yg mahukan
agar sedetik itu lekas2 ditinggalkan.
Ini bukan soal perasaan atau jiwa semata2. Ia
merangkumi semua tentang kehidupan.
Masa tidak menunggu kita. Sedetik itu bukan
selamanya milik kita.
Jangan mengharapkan kepada sedetik lebih, sebaliknya
berpeganglah kepada sedetik yg kita ada.
Itu adalah lebih baik.
p/s: sedetik sudah berlalu sewaktu ingin
memiliki sedetik lebih masa…
iznieeeeeeeee
BalasPadam