Belum Sedia,.
Sebelum saya nak terus berdiskusi mengenai title kat atas tu
mungkin saya perlu nyatakan yg saya belum deserve nak cakap pasal ni tapi saya
bercakap on myself =)
Ma: Ma nak bagi anak2 ma pilih sendiri calon suami masing2.
Saya: Ma,. Sya nak ma tolong cari. Boleh dehhh
Ma: Ish! Sya carilah,. Kalu umur da lebih 25 tak nikah lagi baru ma
cari,.
Kakak2 saya semua da
mendirikan rumah tangga, praise be to Allah dengan rahmatNya masih kekal dan
bahagia sehingga hari ini,. Sekarang menuggu turn saya la, aunty sebelah abah
turun dari KL yg jarang jumpe saya sibuk tanya calon untuk saya. Oh! Sungguh
untuk saya nyatakan ‘SAYA BELUM
BERSEDIA’ masih muda dan masih berbakul2 tanggungjawab utk Ma abah untk
kakak untk adik untk diri sendiri dan untk ummah .
Sebelum ni saya
pernah bagitau Ma yg saya tengah berkawan dgn ‘seseorang’,entah kenape saya
begitu berani membicarakan soal lelaki didepan Ma. Pada saya dia memang cukup sempurna dimata saya, sampai sempat
terfikir ‘dia memang untuk aku!’ Ma pun banyak bertanya, dan
alhamdulillah diberi kesempatan ma dapat kenal jugak sebab dia sempat ziarah ke
rumah. Oleh kerana Ma takut aku kecewa sebab dia belajar jauh, Ma selalu pesan
‘kalau ada jodoh, ada la. Jangan letak harapan tinggi sangat nanti kecewa. Belajar
dulu sampai habes’. Saya tahu, Ma pun dapat paham apa yg tengah saya rase mase
tu. Walaupun olok2nya saya memiliki dia tapi sebenarnya TIDAK sama sekali
tidak!
Saya pernah
terfikir, kalau da kahwin segala2nya halal. Betapa indahnya melalui segala2nya
dgn status yg da halal tapi sebab terlampau+tersangat sayang saya biarkan
perasaan terlalu nak memiliki tu lebih menguasai tanggapan yg pertama tadi.MasyaAllah!
Bila teringatkan jalan cerite kami, ia cukup2 membuatkan saya merindui dan
begitu nyaman. Namun, nyaman itu hanya dusta semate2 yg direka oleh syaitan.
Dalam surah al-Hijr Iblis berkate:
“Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam Dan
zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.’ Kecuali di
antara zuriat2 Adam itu hamba-hambaMu yg dibersihkan dari sebarang syirik,.”
Sodaqallahul a’zim..
Menurut tafsir Ibnu Kathir, iblis
sempat meminta hajat kpd Allah agar diberikan kesempatan untk membawa,mengajak
dan membimbing keturunan Adam ini besama
Satu ketika ma mengenali seorang
lelaki, mungkin pada kaca mata ma lelaki itu baik untuk aku. Aku bukan cuma diam tatkala ma membicarakan soal
lelaki itu malah menjadi bisu. Bukan ingin menolak tapi aku tidak pernah
terfikir lagi untuk meletakkan mane2 lelaki dihati aku. Cukuplah kenangan dulu
yg mengajar aku, betapa berharganya cinta selepas kahwin.Walau bergunug2 mane
sayang tu selagi belum memiliki tetap tak lari ke mane.
‘Nak cari suami biarlah yg tinggi nilai agama dalam diri dia supaya
dapat bimbing kite lagi nanti esok2, kalu nak hak kayo takpe dulu. Bila da
nikah, kije,cari duitla. Ada
rezeki jadila org berada skeet’
(pesan Ma)
Untuk aku, walaupun dia sempat
menikam hati aku dengan senjata yg paling tajam namun tikaman yg masih membekas
itula yg mengajar aku untuk lebih kuat menghadapi tikaman2 seterusnya yg mungkin datang daripada
perosak2 yg aku geruni. Dia jugak yg berjaya mengubah aku, tak sangka! Aku
sanggup melakukan apa saje asalkan aku dapat memiliki dia….dulu.
Alhamdulillah sekarang kami
menjalani hidup masing2 dan aku yakin kami lebih bahagia sekarang kerana bebas
daripada dibelenggu dosa yg jarang kite sedar tu. Untuk dirinya, aku terlalu
berbangga, aku percaya jika Allah mengizinkan untuk kamu memiliki seorang
wanita yg kurang sempurna untukmu maka bimbinglah dia. Bukankah kamu sebagai
lelaki seharusnya menjadi pelindung wanita? Selamatkanlah lagi jiwa2 yg rosak
agar lebih mengerti akan hakikat hidup di dunia Allah ini. Semoga kite akan
berjumpe di syurga sane =>
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-