Hatiku,. Bicaralah!
Kawan: Sya kenape diam? Ada masalah? Cerite la,.
Kakak2: Sya kenape senyap jah? Ada masalah?
Mualim/ustazah: Izni, awak ada masalah ke? Muke tu Nampak
macam
ade masalah je. Diam je.
Dr. : Ape yg awak pikir? Jangan terlalu pikir benda yg tak penting.
Tolongla
jaga kesihatan ye. Jangan jadi pendiam sgt,sikit2 blh.
Bulan pembuka
bicara. Hati mencurah rasa. Minda menulis kata. Malam ini ku tulis semuanya,.
Sudah beberapa malam tidur aku ditemani
bulan. Indah. Aku ungkapkan bicara hati pada sekeping kertas. Bulan pada malam ini memanggil aku untk
meluahkan apa yg aku rasa. Bukan luahan karya penulis agung terkenal. Hanya
sebuah coretan. Selebihnya hanya sebuah perasaan.
Melihat bulan, aku terus tertancap dgn
wajah2 yg aku kenal. Mungkin aku terlalu rindukan mereka. Seolah ternampak
wajah mereka di mata.
Mindaku bermain sendiri. Berbicara dgn hati. Berbicara dgn bulan.
Aku teringat tulisan pada sebuah buku yg aku baca.
”Jika kite rindukan seseorang maka
sampaikanlah meskipun pada angin, dan kemudian lepaskanlah. Merindu boleh
menjadi penyakit jiwa”
Sekarang > mungkin aku salah seorang yg mengalami
penyakit tu.
Namun aku rela,
kerana rindulah yg membuatkan aku rasa aku masih punya hati.
*Bicara dari buku*
Siapa yg aku rindukan. Siapa yg aku cari?
Aku terbaca sebuah buku yg selalu ku simpan dan ku ulang baca. Ya! Bukulah
menjadi penemanku sekarang ini. Setia.
”Sebenarnya bukan seseorang yg kamu rindukan, tetapi kaih sayang dari
Allah yg disampaikan melalui temanmu yg kamu rindui. Kamu rindukan kasih sayang
DIA”
-ringkas kata2 itu, namun berkesan dihati-
Kebahagiaan datangnya dari Allah, sebuah
anugerah yg jarang2 kite syukuri.Apabila anugerah itu menjauh, kite mula
merindui. Begitulah manusia. Sesudah kehilangan baru menyedari apa yg dipunyai
sebelum ini. Malam ini juga ingatan ku kuat pada sahabat k. Seorang demi
seorang. Kami berbeza tapi kami serasi bersama. Seorang dgn gayanya yg
mengambil berat, seorang lembut dan baik hati dan seorang lagi penuh sifat
keibuannya.
Baru2 ni aku berbual dgn salah seorang
dpdnya. Berbicara tentang apa yg kami lalui bersama. Bahagia. Itu saje
perkataan yg boleh menggambarkannya. Ingatan itu semakin kuat satu persatu sehingga aku merasa amat rindu. Hampir
boleh aku dengar degupan jantungku sendiri. Kembara hati malam ini membawa aku
ke lembah sunyi.
Jika boleh diundurkan masa, aku mahu
merasakan kembali bahagia itu. Tetapi sudah ketentuannya masa itu beredar.
Dunia itu berubah. Manusia juga berubah. Keadaan tidak akan same seperti dulu.
Mungkin bahagia tu hadir dgn cara yg tak same. Aku yg perlu cari.
Aku kemaskan duduk di atas katil. Terus
menulis berteman bulan. Aku rasakan tidak ramai ntara kite yg mengambil peluang
untk selami rasa hati. Malam ini aku bersyukur krana aku masih ade kesempatan
untk menulis, untk berkongsi.
Aku tidak mahu lagi rasa merugi krana
membiarkan memori indah aku terkubur tanpa coretan. Takut minda ini terlambat
laun tak mampu berfungsi lagi. Sedangkan rasa ini terlalu indah untk diingati.
*Bicara memori*
Sahabat tidak perlu diminta untk berada
disisi. Sahabat itu ada
meskipun tanpa bicara. Air matamu satu kesakitan buatnya. Senyummu cahaya.
Memori
dan suara hati bersilh ganti, dlm sebuah kembara jiwa yg takde garis
panduan ini. Aku biarkan saje semuanya mengalir. Tentang sahabat, tentang
diriku, tentang keluarga, tentang semuannya.
Banyak memori yg aku lalui. Suka duka dan
itulah kehidupan:
Takkan rase suke jika takde dukanya
Takkan rasa manis kalau takde pahitnya
Takkan rasa manis kalau takde pahitnya
Aku menilai diri pada malam ini, betapa
kurangnya aku bersyukur dgn keduanya. Suka dan duka.
Kehidupan itu seimbang. Nafas yg diambil
perlu dikeluarkan. Suka yg diperolehi perlu dikongsikan. Bersyukurlah dgn
setiap kesemoatan yg ada. Merindu satu anugerah dan bersyukurlah meskipun sakit
yg dirasakan. Namun merindui Allah adalah terpaling indah.
Malam ini juga aku sedar, banyak memori yg
da aku lalui. Sedangkan pahit itu hanya akhir ini. Tak cukup ke dgn manis yg
aku rasakan? Mungkin da tiba mase untk aku rasa pahitnya pule. Supaya lebih
manis yg ku terima selepas ni?
Terasa panjang sudah perjalananku pada malam
ini, seakan menulis semua kisah. Seakan belajar pada diri ku sendiri. Inikah yg dinamakan uZlah? Ya! Mungkin
inilah dia aku rasa. Maaf, aku cetek ilmu. Tetapi sungguh banyak yg kite boleh
belajar dgn melihat diri.
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-