Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,..
WANITA: Siapa yg paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut Kamu, saya ni sape?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dgn pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tido, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yg hilang dan saat menemukan WANITA untuknya tidak lagi merasakan sakit dihatinya.
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yg indah dan manis untk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dlm kesibukan masing2 dan kelelahan hidup yg ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yg kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu haru, pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, Dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!"
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini!!! Kamu ternyata bukan tulang rusukku.!!!" Tiba2 WANITA terdiam, dia berdiri kaku untk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yg sudah dia lafazkan tetapi seperti air yg telah tertumpah tidak mungkin diceduk kembali, dgn berlinang air mata WANITA kembali ke rumah dan kembali ambil barang2nya, bertekad untk berpisah. "kalau saya bukantulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kite berpisah dan mencari pasangan sejati masing2,"
5 tahun berlalu,..
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dgn org asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yg sunyi, dia minum kopinya dan mersakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanngup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik,.. Kamu sudah menemui tulang rusukmu yg hilang.
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dgn penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesmpatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yg berubah.
Wanita tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat Tinggal."
1 minggu kemudian,..
LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopi dan kembali merasakan sakit di hatinya.
Akirnya....
Dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yg telah dgn bodohnya dia patahkan.
p/s: Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kpd org yg paliiiing kite cintai. Dan akibatnya adalh penyesalan. Seringkali penyesalan itu dtg dikemudiannya, akibatnya setelah kite menyedari kesalahan kite, semua sudah terlambat.
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-