Allah, aku datang kepadaMu ,..




  Aku tercari2,dimanakah salah ku? Sehinggakan mereka semua pergi meninggalkan aku,.
Dalam kekesalan yg penuh dgn tanda tanya di benak ini,siapa yg mungkin boleh menjawabnya?



Kata org:

                Tepuk dada tanyalah iman~


  Iman2,masih sihatkah engkau? Ataupun sudah luntur kerana kelalaianku? Maafkan aku kerana tidak mengurus bahkan menjagamu dgn sofistikated.
Aku sendiri hairan,betapa liatnya aku memeliharamu dalam hati ini. Astaghfirullahal azim





  ”yaAllah ,,kasihanilah hambaMu yg ini. Engkaulah yg paling mengerti dan mengetahui dalam diri ku ini,.Engkaulah sebaik2 tempat yg aku punyai~ aku tidak mahu menjadi seseorang yg yatim iman dan miskin ilmu,. Ampuni aku yaAllah.”


Dalam keramai~
   Melihat senyum2 insan lain,  menangis aku tertunduk. Mengenang dosa2 lalu yg begitu kejam aku lakukan! YaAllah,bukanlah aku berpura2 memujuk ampunMu, bukanlah aku suka2 meminta kemaafannya. Malu akan dunia,malu akan kehidupan bahkan malu padaMu yaAllah,. Hidup aku menumpang,aku berhutang padaMu yaRahman,.Aku sendiri tidak pasti,berbayarkah hutangku di’sana’ nanti,. Tetapi kenapa jarang sekali kesedaran hakikat itu menghampiri aku., Dimanakah tempat yg paling ampuh buat aku sekarang,kawan?


Kerana kasihan.

  Sering kali aku memikirkan kebajikan org---meninggalkan kebajikan sendiri.
  Sering kali aku menjaga hati org---hati sendiri hancur tak terperi.

Kenapa?!
Kenape?!
Kenape?!


Hidup?,.   Demi menjaga hubungan, aku melakukan itu.



Bila ustaz/ustazah menyebut:

”Malulah kepada Allah bila melakukan sesuatu yg tidak diredhaiNya, Jangan malu kepada manusia kerana melakukan sesuatu yg disyariatkan. Biarpun ramai yg melakukan perkara yg salah namun kite tidak mempunyai hak menghalalkan yg haram dan ikut sama melakukannya kerana ramai yg menyertai itu. Ramai itu  tidak semestinya sahih.”

Barulah teresak2 kembali ke baitillah memohon kemampunan ,bersujud menyebut namaNya. YaAllah ampuni aku

Dia,...keizinanMu,.

  Aku sendiri pernah memendam rase cinta terhadap makhlukMu yaAllah,. Kadang2 pernah menapat hidayah ”Cinta itu dosa”
Benarlah! Cinta itu dosa terhadap makhluk yg berlawanan jantina diposisi aku sekarang.

Namun,kerana sayang,.pernah aku beriktikad dgn 3 patah perkataan itu?

Pernah..
Ada tidaknya....
Ya....
Tidak jugak.....


Itulah jawapanku~ kenape? Kerana bimbang org yg aku sayang terlepas pada org lain sedangkan Allah sudah merencanakan siapa jodoh buat mu. Dalam kepayahanku aku mendapat nikmat dan ujianMu


Dia....

Menabahkan hati ini.
Memupuk berdikari.
Mengajar aku mencari kesalahan sendiri.
Menambahkan kesabaran lagi

  Tapi semua tu kerana Allah yg mengizinkan,kerana Allah yg mengirimkan dia untuk mendidik ku,.Dan kerana Allah meminjamkan dia buatku.
Syukur ke hadratMu yaRahim,.

   Jika engkau ingin mengambil dia,aku bukanlah sesiapa untuk menghalang. Tiada hak bahkan kuasa menghentikan. Bawalah dia menemuiMu.
Terima Kasih Allah,. Kerana permintaan aku yg menginginkan  seseorang menolong aku untk menjauhi  mereka2 yg mengemis cinta aku lantas aku terangguk kasihan menerima dihentikan olehMu melalui dia, alhamdullillah engkau kirimkan dia menyedarkan aku,.





     YaA’lim, aku percaya engkau lebih mengetahui yg terbaik buat hidupku,. Aku serahkan segala2nya buatMu,. Aku juga ingin menjaga cintaku buatMu. YaAllah, aku bersyukur kerana aku memiliki cinta,kasih,sayang dan rindu buatMu. Alhamdulillah aku berjaya mendidik hati agar tidak kufur kepadaMu. Bawalah insan yg kau pinjam itu menemui hakikat hidupnya sementara aku mengasuh jiwa ini,. Aku mohon Allah janganlah berpaling dari hambaMu yg daif dan hina ini, beradalah disetiap langkah ku. Biarpun tiada yg memimpin tangan ku,. Aku akan menjadi seorang yg kuat tatkala engakau disisiku.


    “YaAllah,kami ini bersahabat untuk berkumpul mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul dakwahMu. Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, Maka eratkanlah YaAllah akan ikatan ini. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalan2 yg benar.Penuhilah hati ini dgn cahaya RabbaniMu yg tidak akan malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu. Suburkanlah hati2 ini dgn makrifah tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada’ dlm memperjuangkan agamaMu. Engkaulah sebaik2 pelindung,.amin”

Berikan aku kesempatan berubah dan mencari diri ini~ dia. . .tetap istimewa buatku.




Terima Kasih, ALLAH.

Ulasan

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Sedetik Lebih . . .

Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian.