Catatan

Tenanglah dirimu, Bangunlah jiwaku!

Imej
Assalam qabla uwasil qalam =) Subhanallah Walhamdulillah Walailaha illallah Allahu akbar. Hebat jiwanya, Kaya budinya, Suci usahanya. Jiwa muda mana yg sekuat itu skrg? Namun ini lah yg dipanggil kematian yg menghidupkan. Beliau telah menghidupkan jiwa-jiwa muda yg mati. YaAllah, rahmatilah beliau. Jadikanlah kami sekuat dan sehebat beliau serta jadikanlah kami anak yg soleh solehah agar mampu menjadi aset buat ibu bapa kami kelak. Aku? Cukup lupa menyantuni makhluk lain Cukup alpa memujuk jiwa berdakwah S e s e k a l i. . . terfikir!  Aku juga ingin SYAHID. Pagi tadi bergegas ke Masjid, program bersama Ibu Allahyarham Akhi Ammar. Penat berjalan, nampak dua org brother. Malu pula nak guna jalan tu and aku pun cuba utk berjalan jauh. 2 langkah kaki berjalan brother yg berdiri disitu panggil memberi laluan utkku. Terima Kasih YaAllah kerana memudahkan urusanku. Banyak sekali kata-kata yg membangunkan jiwa aku tadi. Dah lama...

Nasihat Imam Ali r.a =)

Imej
Ali Bin Abi Thalib r.a seorang yg dianugerahi ilmu dan pemahaman yg sangat mendalam.  Beliau berkata: “Wahai anak Adam, janganlah keterlaluan gembira dgn kekayaan, janganlah keterlaluan berputus asa dgn kefakiran, janganlah berduka dgn bencana, jangan terlalu bersenang dgn kelapangan kerana emas itu diuji dgn api. Seorang hamba yg soleh diuji dgn bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yg kau inginkan kecuali dgn meninggalkan semua yg engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dgn bersabar menanggung apa yg tidak engkau sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu utk memelihara yg difardhukan.” Allahu Allah..  Nasihat ini indah sekali dan seiring dgn apa yg diajar Al-Quran. Semangat seperti itulah yg sepatutnya dimiliki oleh diriku. Menerima semuanya dgn tidak berlebihan. Dalam nasihat tu Imam Ali sebut  “Emas itu diuji dgn api”. Emas yg mahal nilainya takkan jadi emas yg indah kalau tak lalui ujian yg berat (di ...

Maaf dan Pujian.

فى الاعتذار والمدح أنبئت أن أبا قابوس أو عدنى # ولا قرار على زأر من الأسد فما الفرات اذا هب الرياح له # ترمى أواذيه العبرين بالزبد يمده كل واد مترع لجب # فيه ركام من الينبوت والخضد يظل من خوفه الملاح معتصما # بالخيزرانة بعد الأين و النجد يوما بأجود منه سيب نافلة  # ولا يحول عطاء اليوم دون غد هذا الثناء فان تسمع به حسنا # فلم أعرض أبيت اللعن بالصفد ها ان ذى غذرة الا تكن نفعت # فان صاحبها مشارك النكد  Nusus pertama yg dipelajari tingkatan 4 dulu =) Saya cerita sejarah hidup penyair dulu ye. Penyairnya adalah An Nabighah Az Zibyani atau dikenali juga sebagai Zaid Bin Amru. Beliau membesar dalam kalangan Bani Zibyan. Beliau minat bersyair kemudian mendampingi raja-raja Hirah. Beliau memuji Ghasasanah di Syam (Syria). Kedudukan beliau yg tinggi membantunya menjadi hakim dalam kalangan penyair di pasar Ukkaz. Ohya, Maksud syair tu apa kan? Kalau nak di translate satu-satu memang tak ingat dah. Jadi saya ceritakanlah apa yg diceritakan p...

Happy New Year 2014 Everybody!

Imej
Salamullahi alaikum warahmatuhu wabarakatuhu ala sohibul a’lam. Semalam dah tamatlah 365 mukasurat kisah hidupku sepanjang 2013. Macam-macam nikmat dan ujian. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima Kasih Pemberi nikmat. YaAllah, Engkau Tuhanku tiada tuhan melainkan Engkau. Engkau cinta agungku Nabi Muhammad pesuruhMu. YaAllah, Engkaulah pelindungku Engkaulah sumber rezekiku Cintaku haraplah dibalas Jgn biarkan aku tanpa pimpinan. Sepanjang disekolah dulu aku sibuk mengejar tanggungjawab itu dan ini. Sanggup tak cukup tidur, makan dan rehat.  Namun ia tetap memberi pengalaman. Seronok!  Kali ini, tahun ini aku sekali lagi ingin mengejar tanggungjawab baru. Sedikit berbeza barangkali. Tanggungjawab kali ini utk berlumba-lumba memenuhi kekosong ilmu agama didada.  Dan insyaAllah akanku kongsi bersama dia, dia dan dia. Semoga Allah permudahkan semua usaha dan urusanku.. aamiin! Ya Rasulullah salamun...

Hati...... ingin dimengerti!

Imej
Semakin dalam kita menyelaminya,  Semakin meningkat rasa kasih dan kasihan padanya. Ayuh! Selamatkan hati dengan kasih sayang.. “Sesungguhnya di dalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah  seluruhnya. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruhnya. Ketahuilah daging itu adalah hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)   Hati itu lembut. Sekali dirosakkan lama utk terubat. Sayangnya hati ini tak mampu bersuara menyatakan ketika mana ia menderita dan bahagia. Namun, kita sebagai penjaga bertanggungjawab memastikan ia sentiasa setia kepadaNya Maha Pencipta tidak kira ketika diduga ataupun diberi nikmat. Siapalah hamba tanpa anugerah berharga ini.    Hati itu berharga. Ia membawa kita dekat pada Pencipta. Mana tidaknya, bila diuji dgn penuh sengsara kita  berharap utk berada dekat denganNya. Itu fitrah! Dan itu jugalah perasaan yg paling mesra kita denganNya.Ketika senang, hati ...

Aku pendosa!

Bismillahi thumma walhamdulillah.. Takbir ucap takbir, Allahu akbar! Lama sungguh aku bercuti menjadi blogger, terasa janggal nak melakar kata disini.  Kerinduan org terhadap tulisanku disini mula membuatkan semangatku bangkit utk berkongsi lagi. Aku tak hebat. Cuma meluah apa yg dipendam . . . Alhamdulillah, kembali dgn satu entri =) Mataku berkaca. Hatiku bersuara. Jiwaku berbicara. Aku pendosa! Bukan hanya menyesal namunku malu kepada yg Maha Kuasa. Malu kerana tidak kuat melawan nafsu sendiri dalam erti kata lain tidak bijak mengurus diri dan hati. Cemburuku pada mereka mempunyai iman yg hebat! Sentiasa mempersiapkan diri menjadi yg terbaik utkNya, membenci kemungkaran sepertimana dia benci Allah campakkan dirinya ke Neraka. S u b h a n A l l a h . . . Aku ini pendosa! Mengapa Allah menghidupkan aku di duniaNya? Hamba tetaplah hamba, tak perlu persoal apa yang diatur kemas olehNya. ~Sayu seketika~ Aku teringat j...

Sedetik Lebih . . .

Imej
"...Kasihku ku amat mencintai kamu kerana kau beri erti hidup.  Ku kan terus mencintai sedetik lebih selepas selamanya..." ~~Sayu mendengar lagu Anuar Zain ini. Begitu menusuk kalbu dan membuai jiwa.  Adakah aku akan berasa sedemikian jika mendengar sewaktu hatiku gembira? (agak meraguinya, namun kemungkinan itu ada.) Cuma ia bukanlah kesedihan, tetapi boleh dikatakan sebagai ‘Kesyahduan dalam kegembiraan’. Satu yg saya belajar tentang lagu ialah kebanyakkannya berkisarkan kisah kehidupan. Ada suka. Ada duka. Ada tawa. Ada seloka. Liriknya pula menguatkan lagi keasyikan kita mendengar lagu tersebut. Menghayati penceritaan disebalik apa yang cuba disampaikan oleh penggubah lagu dan penulis lirik.  Kemudian secara tak langsung mengaitkan ia dgn diri kita. Apabila lagu berkenaan berkait benar dengan kehidupan kita, maka kita akan mudah tersentuh.  Mudah mengalirkan ai rmata dgn setiap liriknya kera...