Maaf dan Pujian.
فى الاعتذار والمدح
أنبئت أن
أبا قابوس أو عدنى # ولا قرار على زأر من الأسد
فما
الفرات اذا هب الرياح له # ترمى أواذيه العبرين بالزبد
يمده كل
واد مترع لجب # فيه ركام من الينبوت والخضد
يظل من
خوفه الملاح معتصما # بالخيزرانة بعد الأين و النجد
يوما
بأجود منه سيب نافلة # ولا يحول عطاء
اليوم دون غد
هذا
الثناء فان تسمع به حسنا # فلم أعرض أبيت اللعن بالصفد
ها ان ذى
غذرة الا تكن نفعت # فان صاحبها مشارك النكد
Nusus
pertama yg dipelajari tingkatan 4 dulu =)
Saya cerita sejarah hidup penyair dulu ye.
Penyairnya adalah An Nabighah Az Zibyani atau
dikenali juga sebagai Zaid Bin Amru. Beliau membesar dalam kalangan Bani
Zibyan. Beliau minat bersyair kemudian mendampingi raja-raja Hirah. Beliau
memuji Ghasasanah di Syam (Syria). Kedudukan beliau yg tinggi membantunya menjadi
hakim dalam kalangan penyair di pasar Ukkaz.
Ohya,
Maksud syair tu apa kan?
Kalau nak di translate satu-satu memang tak
ingat dah.
Jadi saya ceritakanlah apa yg diceritakan pd
setiap rangkap ye =)
Bismillahi.
Rangkap 1: An Nabighah Az Zibyan memberitahu
bahawa An Nu’man B. Al Munzir (Abu Qabus) mengancam nyawanya, sedangkan dia
tidak mampu menahan ancaman itu,ancaman yg menyerupakan dengan ngauman singa
baginya.
Rangkap 2: Tidak ada sesuatu kelebihan pd
sungai Furat itu jika angin tidak bertiup padanya dan tidak melontar
ombak-ombaknya membadai tepian dgn buih-buih.
Rangkap 3: Sungai Furat itu mengalir airnya pd
setiap lembah dipenuhi dgn seruan deruan air.Di dalamnya ada longgokan pohon
candu dan dahan-dahan pokok yg patah atau tumbuh-tumbuhan.
Rangkap 4: Dalam keadaan tu nakhoda yg mahir
pun rasa takut dgn ombak Sungai Furat lalu ia berpegang pd kemudi perahu
setelah kepenatan dan berpeluh.
Rangkap 5: Gambaran Sungai Furat tidak boleh
disamakan dgn sifat pemarah Nu’man ketika memberi sesuatu pemberian, maka tidak
ada halangan bagi beliau utk memberi pd esoknya.
Rangkap 6: Inilah sekalung pujian penyair kpd
Abu Qabus. Dan ketika beliau memuji Abu Qabus dgn sifat murah hati bukanlah
beliau ingin menadahkan pemberian.
Rangkap 7: Inilah mohon maaf yg penyair
persembahkan seandainya ia tidak dapat menghilang kemurkaan Abu Qabus maka
sesungguhnya penyair akan di dorong malang.
النابغة الذبيانى
#Salam Sayyidul Ayyam.
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-