Hati...... ingin dimengerti!
Semakin
dalam kita menyelaminya,
Semakin meningkat rasa kasih dan kasihan padanya.
Ayuh!
Selamatkan hati dengan kasih sayang..
“Sesungguhnya di
dalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka
baiklah seluruhnya. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruhnya. Ketahuilah
daging itu adalah hati.”
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati itu
lembut. Sekali dirosakkan lama utk terubat. Sayangnya hati ini tak mampu
bersuara menyatakan ketika mana ia menderita dan bahagia. Namun, kita sebagai
penjaga bertanggungjawab memastikan ia sentiasa setia kepadaNya Maha Pencipta
tidak kira ketika diduga ataupun diberi nikmat. Siapalah hamba tanpa anugerah
berharga ini.
Hati itu
berharga. Ia membawa kita dekat pada Pencipta. Mana tidaknya, bila diuji dgn
penuh sengsara kita berharap utk berada dekat denganNya. Itu fitrah! Dan itu
jugalah perasaan yg paling mesra kita denganNya.Ketika senang, hati jugalah yg
banyak lalai melupakanNya. Sampai bila hati ini harus dipersenda. Sekejap setia
bersama Ilahi, sekejap berkongsi dengan hambanNya yg lain.
Hati itu
suci. Jangalah terlalu benci, janganlah terlampau sayang. Jernihkan hati dengan
kasih sayangNya. Percayalah! cintaNya sungguh indah. Bila sesaat kamu sunyi
tanpa cintaNya, kamu akan meronta-ronta utk minta dicintai. Allah, janganlah
cinta kami tidak dibalas. Aku sayang padaMu, Penciptaku yang satu.
Hati itu
jujur. Org selalu kata:
“Tanyalah
hati..”
Tepat
sekali! Hati tidak pernah berdusta. Minda juga dikawal olehnya. Sekiranya baik
hati kita,maka baiklah pemikiran kita juga. Hebatnya kuasa hati.
Hati selalu
minta dimengerti. Namun kita jarang sekali menyedari. Memaksa ia menerima suka
sahaja.Pasangannya duka cukup payah utk diletakkan dihati seistimewa suka
ditempatkan.
Hati meronta:
"Cukuplah
aku dijaga rapi. Kerana pada aku juga wujudnya dendam sekiranya kamu sebagai
penjagaku tidak mendidik dengan ketulusan belaian."
Berhati-hatilah
dengan hati!
Jangan
bodoh wahai diri menzahirkan akhlak burukmu, kerana kamu berusaha menghancurkan
hatimu daripada menuju Ilahi.Kerana hati yg bersih itu sentiasa redha menerima
apa yg berlaku. Kita hanyalah hamba, DIA mengetahui segala kepahitan dan
kepayahan kite.Sesakit
mana pun hatimu bila dihancurkan, pulihkanlah! Doa itu senjata. Jangan biarkan
kehancuran itu memandu dirimu. Baik atau buruk yang pernah hatimu hadapi
jadikanlah ia sentiasa positif. Cuba cari ibrah daripada semua yg telah Allah
atur. Memaafkan itu indah. InsyaAllah, redha Allah bersamamu.
Pesan akhi
saya:
Sungguh terkesan
bila ditegur sebegitu rupa. Dulu, aku sibuk mengingatkan org lain. Sekali aku
terlupa mujurlah Allah tegur melalui dia. Terima kasih.
“Jangan
pernah setia. Bila harus hujung menyakitkan.”
Maafkan
diriku. Kadang2 aku juga tidak setia dengan kata-kataku.Kita manusia, pelupa!
~Sejahat
mane org berdusta dgn hatimu jangan pernah kamu bersangka buruk padanya.
Sebaliknya,bersangka baik pada Allah. Kerana siapa pun yg membuat hatimu
berkecai. Ia tidak semudah itu tanpa izin daripada Ilahi.
Percayalah! Bahagia
itu bila hatimu tenang menerima ketentuan Allah.
YaAllah…
Hidupkan kami dengan iman
Matikan
kami dalam iman
Bangkitkan
kami dgn iman
Dan
masukkan ke syurgamu dgn iman.
YaAllah…
Engkau sumber bahagia.
Engkau
sumber keselamatan.
Engkau sumber Keamanan.
Engkau
adalah segalaNya.
Hati ini
umpama langit yg tdk selalu cerah… jadikanlah ia bulan purnama yg menerangi
kegelapan!
Hati ini
umpama awan yg tdk selalu putih…Jadikanlah ia rama-rama yg menceriakan suasana!
Sembuhkanlah
luka dihatimu!
Pesan
Ustaz:
Sakit di
hati itu parah. Tapi kalau kamu berjaya selamatkan hati dengan kasih-sayang yg secukupnya
kamu akan pasrah. Sambutlah cinta Allah yg selalu datang buat hambaNya. Siapa
pun yg melukai hatimu itu rancangan Allah. Cuba cari hikmah yg tersembunyi.
Dulu aku
susah mengerti. Menyalahkan takdir yg tidak adil. Astaghfirullah!
Sahabat-sahabatku,
Selama dua
tahun jiwaku lumpuh. Telah kutemui kekuatan utkku bangun dpd jatuh. Sungguh apa
yg dirancang Allah itu sememangnya terbaik utk kita. DIA lah yg paling mengerti
saat hati ini ampuh.
Saat duka… DIA buat kamu tersenyum kerana senyuman
itu mampu menyembuhkan hati.
Saat
bahagia… DIA bersamamu kerana Dia tahu kamu perlukan Dia setiap masa.
Kasih-sayangnya
sungguhlah luas. Cuma aku jarang menilai.
Kadang-kadang
aku kalah dengan rasa, menyerah dgn jiwa.Terlalu menyanjung sengsara.
Sengsara..
bahagia..
Semuanya
Allah yg punya! Kite hanye penerima.
Pesanku
pada diri:
Jangan berharap masalah itu takkan datang dalam hidup tapi terus
berdoa supaya Allah
kuatkan hati dan diri. Org yg menyakitimu adalah musuhmu.
Musuh yang membawa kebaikan. Percayalah! Dgn kebencian itu mendidik hatimu
bersabar, mengasuh jiwamu supaya tidak alpa dan menjaga hatimu kembali padaNya
pencipta. Senyumlah semanisnya dan ucaplah Terima Kasih pada musuhmu setiap
hari =)
Ayuh kita
pulang mencari kebenaran Allah.
Yg keruh
itu perlu ditinggalkan jika mahu kejernihan sentiasa di sisi.
Maafkan
diriku,
Nur Izni
Farisya Bt Mohmad Yusof.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam