Kerana Dia sayangkanku . . .
Bismillah.
“Wahai
hamba-hamba yang melampaui batas kepada diri sendiri.
Janganlah
kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya
Allah mengampuni semua dosa-dosa.
Sungguh,
Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Kerana saya terlalu sibuk dan tak sempat duduk dan dengar masalah awak,
saya cuba berkongsi kekuatan yg saya ada melalui tulisan hati ini ye.
Awak,
Bilang pada jiwa bahawa ia kena terus
bertahan dan kuat kerana mukminah itu tidak tergoncang jiwanya kerana mehnah.
Mehnah itu tanda pegajaran dari Allah, tanda kasih sayangNya utk kita dan
penghapus dosa-dosa yang lalu.
Bilang pada hati jangan ia mati. Kosongkan
hatimu, isilah dgn kedamaian dan kecintaan yang membawa kamu dekat dan kembali
pada Dia. Bisikan jahat itu cuma pengganggu maka kamu harus lawan dan tewaskan.
Bilang pada diri berdoalah sentiasa. Doa
itu kerja hati, doa itu ibadah. Hari ini tanpa kita berdoa pun Allah memberi nikmat
bersuara, nikmat sihat dan nikmat iman tapi itulah kita yang jarang sedar dan
bersyukur. Tidak mahu berdoa kerana terasa sudah penat. Selama ini berdoakah
kita dgn harapan? Berdoalah bukan meminta!
Hari ini Allah uji kita kerana Dia terlalu sayang pada kita. Kita lalai
sedikit je tapi dia cuba tarik kita dekat dgn Dia sbb mmg fitrah kita nak
bergantung pada Dia bila rasa susah dan longlai, kan?
Beruntugnya kita . . . tak dibiar memandu hidup sendiri!
Sungguh! Dia lebih tahu apa yg terbaik. Bersangka baiklah pada Dia. Hari
ini mungkin kemahuan kita tak dipenuhi kerana Dia lebih bersedia utk memenuhi
keperluan kita. Janganlah terlalu marah dan merajuk dgn Dia. Dia tidak beri apa
yg kita nak sbb Dia sayang kita, Dia nak jaga kita. Mungkin kalau kita dapat
apa yg kita minta walhal ia tidak baik utk kita akan jadikan kita jauuuhh dari
Dia. Maka, lebih baiklah kecewa saat Dia bersedia menggantikan kebaikan yg
tidak diberikan itu dengan yang lebih baik, kan? Daripada Dia merajuk dgn kita.
Ingat! Marah Dia, merajuk Dia tak sama dgn kita. Saat kamu mencintai apa pun di
dunia ini maka letaklah Dia yang paling atas, insyaAllah kamu lebih redha
menerima segala apa pun pada hari depan.
Ayuhlah!
Kita berpimpin tangan dan berjalan dgn
penuh harapan walaupun hidup tak selalu senang.
Senyumlah!
Walaupun hati tak mampu lagi bertahan
Maafkanlah!
Walaupun diri kita sudah cukup terluka.
Cukuplah!
Memberi alasan walaupun cuba ingin
menyatakan kebenaran.
Sejujurnya, tulisan ini juga utk diri sendiri. Terlalu lama jiwaku lena
tanpa tarbiyah.
Maka kali ini aku ini bangun! Jom awk =)
Disini kita bermula. Menjadi hamba kepada
Dia.
By Sahabatmu: Nur Izni Farisya Binti Mohmad Yusof.
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-