When Dakwah Steal Your Heart =)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
!صباح الخير
.لعلكم في رحمة الله عز وجل, أنشأالله
Assalamualaikum semua =)
!صباح الخير
.لعلكم في رحمة الله عز وجل, أنشأالله
Entri kali ini nak tunai janji dengan Ukhti saya ^^
Bulan lepas ada pegi talk and Ukhti Farra minta saya share sedikit isi talk tu,
sekarang ni datang menulis disini nak share dengan semualah. insyaAllah.
^___^"
Tajuk talk: Bila Dakwah Mencuri Hati Anda.
Disampaikan oleh: Ustaz Idrus B. Ali.
Firman Allah SWT dalam Surah al-imran 3:110 :
Talk kali ni nak bincangkan perkara yang sangat
penting yang perlu kita tahu sejak kita dah libatkan diri kita dalam aktiviti dakwah supaya kita terus istiqamah utk sampaikan dakwah kepada semua
org, tak kiralah sahabat sendiri ke, keluarga sendiri ke bahkan sesama umat
Islam sendiri. InsyaAllah.
Ustaz ada sebut realiti dunia dan umat Islam hari
ini ialah:
1) Kita hidup di zaman yang mana Islam tak lagi memimpin dunia. Atau
dalam bahasa saya nya, ramai tapi tak berpengaruh pun.
2) Keadaan umat Islam pula amat menyedihkan dan sangat mengkhuatirkan.
Pd pendapat saya jgk, Sebahagian besar kehidupan manusia hari ni sangat jauuuhh
dari Islam ( dr segi kita taat pd perintah Allah dan kita tinggal apa yg
dilarang) Wa nauzubillahi min zalik.
3) Keadaan dunia pula dikuasai oleh org2 kafir. Kata saya, tengok saja
hari ni, budaya kehidupan mereka mempengaruhi dan meresap dlm kehidupan umat
Islam.
kita simpulkan disini:
Punca Umat Islam ni berada dibelakang kerana Kita sendiri tak yakin dengan kembali kepada Islam secara keseluruhannya tu adalah satu-satu jalan utk kita
raih kemuliaan Umat Islam!
Kenape kita mesti terus berdakwah?
Dakwah ini adalah tugas yang diwariskan Rasul kepada kita dan yang diperintahkan Allah agar setiap dari kita melaksanakannya. Mafhum Allah, sebaik-baik
manusia adalah mereka yang melaksanakan dakwah dan mengajak manusia beribadah
kepada Allah.
InsyaAllah, kita mampu lakukan! =)
Jom siapkan diri semua!
Tugas ini adalah kewajiban kita semua bukan khusus kepada
mereka yang belajar course agama sahaja atau bukan jgk wajib kpd Ustaz sahaja.
Islam tidak pernah kenal pengkhususan dan pembatasan dlm berdakwah. Tapi kalau kita sedar yg ilmu kita tak cukup tu kenalah siapakan diri belajar ilmu Syari'e jugak supaya kita mampu
berdalil menggunakan Al-Quran dan Sunnah. InsyaAllah, bila kita hiaskan diri
dengan niat mulia ini akhlak kita juga terjaga ^^
Okay, memandangkan entri ni dah nak sampai hujung. Saya share sikit adab
yang kita kena jaga bila kita berdakwah.
- Mesti Ikhlas
- Kena tahu apa yang kita nak dakwah
- Harus 'kenal' keadaan org yang kita nak dakwah
- Bila ada kesempatan, kita manfaatkan utk dakwah
- Perhatikan waktu dan keadaan jgk ye. Jgn nak ikut mood kite je. hehe
- Berdakwahlah dengan berhikmah supaya dapat sentuh hati yang org kita nak dakwah
- Penting! Jgn pandang rendah pd org yg kita nak dakwah
- Jgn mudah jemu dan sabar bila ditolak
- Kebaikan yang kita ada tu (cthnya Ilmu) kita guna pd dakwah
- Last, sentiasa berdoa pd Allah dan mintak pertolongan Dia
هل انتن متأكدن؟
.انشأالله
Wallahualam, walhamdulillah.
**Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-