Dunia: mengajarku melihat diri !
Nak kelip mata pun rase macam rugi. Aneh
betul ape yg aku rasa ni. Tapi betullah, apa yg
terpampang depan mata ni memang indah, sangat2
indah.
Inilah keindahan dan keunikkan bumi Allah, memang
takkan basi dengan pujian,
takkan lekang dgn kesyukuran
dan takkan hilang selagi diberi kesempatan.
Aku terfikir...
Sekecil mane pun peta dunia, Allah kurniakan rezeki
kehidupan pada manusia, sekecil mane pun sesuatu tempat tu, tetap ada
penghuninya. Satu nikmat yg takkan mampu disangkal oleh sesiapapun kecuali DIA.
Aku perhatikan diri…
Ya! Aku manusia biasa yg terdorong membandingkan
pelbagai perkara dalam hidup, susah dan senang kehidupanku, pelajaran,
pengorbanan, percintaan, eh! Semualah. Terkadang aku mengagumi kemewahan dan
kesenangan org lain, sedangkan aku.. terkapai-kapai dalam duniaku tersendiri.
Eh! Bukan menidakkan kudrat sendiri, tapi aku Cuma
mengagumi. Aku tahu dan sedar, rezeki setiap satu daripada kite berbeza,
dan selagi kita bernyawa selagi tulah rezeki akan dikurniakan kepada kita. Cuma
mungkin semangat aku tak setara dengan semangat dan usaha mereka. Atau belum
masanya ?
Aku perhatikan diri lagi…
Nampak macam takde yg istimewa, biasa-biasa je.
Tapi aku masih tetap dikasihi oleh keluarga, teman-teman dan sahabat handai.
Aku masih juga bisa didampingi, dikelilingi oleh teman dan masih diberi nikmat
persahabatan yg erat.
Mungkin istimewanya aku terzahir di hati mereka.
Dan tentang mereka, setiap satunya unik dalam
cara yg berbeza.
Oh, mungkin juga mereka punya pendapat yg
sama sepertiku.
Aku perhatikan manusia terdekat denganku…
Masing-masing dgn cara dan isu tersendiri,
betapa kite semua dijadikan penuh warna-warni, penuh beza namun tetap unik,
istimewa pada sesiapa yg menikmatinya.
Kata org:
“hidup ini umpama roller coaster”
Yg sentiasa naik dan turun, Cuma terpulang pada
kite untuk menerima cabaran itu dgn tabah atau takut sepanjang masa.
Ada benarnya jugak kata2 itu.
Aku?
.. Mungkin masih cuba mencari jalan untuk menilai
perjalanan tersebut. Atau mungkin aku sedang berada di dalam perjalan itu tanpa
aku sedari.
Aku melihat jam ditangan…
Melihat nombor yg menunjukkan pergerakkan
masa yg tiada kesudahan. Takkan berhenti walau sepicing pun kecuali bila kite
telah dijemput nanti. Berjalan dan terus berjalan. Aku juga makin dihambat
usia, begitu juga kamu, kamu dan kamu.
Aku masih leka, terpana melihat semua orang
bergerak mengikut takdir mereka.
Adakah aku hanya memerhati disini?
Dan sekiranya YA, aku harap aku dapat mengambil
pengajaran dalam tiap2 pemerhatianku nanti. Sampai masa, aku tidak mahu
lagi memerhati, aku juga ingin berlari mencapai mimpi.
Subjektifnya kehidupan ini, indah dgn cara
tersendiri. Sedangkan aku pula mengulas dgn misteriku yg mungkin hanya difahami
oleh aku atau segelintir pemikir yg tiada apa yg mahu dilakukan.
Apa pun, aku mesti di sini, tidak bersendiri. Masih
disayangi dan perlu manghabiskan rutinku.
Wahai diri…
Bersyukur dan bertabahlah atas setiap apa yg
mendatang. Setiap satu kurniaan nikmat itu, tersimpan rahmat yg perlu kite
syukuri. Melihat dunia, mengajarku melihat diri =)
P/s: Kembali dgn post panjang2 ^^ hee!
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-