Kuberharap yang terbaik.
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamulaikum, apa khabar akhawatku sekalian?
Kali ini saya datang membuat keputusan.
Berkali2 perkara ini bermain dibenak ku.
Aku,. Seorang yg berpurdah. Namun tidak mendapat restu
daripada keluarga.
Kerana mereka bimbang kalau2 aku tidak dapat berbakti kepada masyarakat kelak
di sebabkan itu.
Kerana mereka bimbang kalau2 aku tidak dapat berbakti kepada masyarakat kelak
di sebabkan itu.
Namun,keputusanku tetap bertentangan. Aku jadikan purdah
sebagai pakaianku ketika aku keluar bersendirian.
Tujuan?
Semestinya nak mengelak fitnah pandangan lelaki. Kerana
perkara yg akan menjadi fitnah buat lelaki setelah ketiadaan baginda adalah
PEREMPUAN,. Subhanallah
Semakin hari, aku semakin sangsi. Ape keputusan terbaik yg
mesti aku lakukan. Kerana masa di antara pakai dan TIDAK pakai tu jauuuuhhh
lebih kerap tidak pakai kerana maseku masih banyak bersama keluarga dan
memandangkan aku masih tidak berjauhan daripada mereka.
Puas aku memikirkan hal ini,. aku berbicara dgn diriku
sendiri.
“apa kata kali ni amik pendapat daripada Ustaz pulak”
Ana: Ustaz apa pendapat ustaz pada perempuan yg berpurdah?
Ustaz: Good! Jika niat nak mengelak fitnah dpd lelaki
Ana: Tapi mendapat tentangan daripada keluarga? Dan
membuatkan saya terpaksa keluar berpurdah tanpa pengetahuan keluarga dan bila
keluar dgn keluarga terpaksa purdah itu tidak menjadi pakaiannya.
Jadi,hakikatnya keadaan saya TIDAK memakai lebih banyak drp memakai. Adakah
lebih baik jika tidak berpurdah lagi buat masa sekarang?
Ustaz: Purdah memang wajib dalam mazhab kita. Tapi kite
boleh guna pakai mazhab2 yg mana kite rase bersesuaian dgn kite. Yg wajibnya
terlebih dahulu adalah menutup aurat. Jika kite tak mengikut mazhab, tidak
mendapat seksaan kelak. Kerana mazhab ini datang untuk melepaskan kite daripada
kemaslahatan. Tolong utamakan uruf keluarga dahulu memandangkan enti masih
bersama keluarga. Jika berjauhan tidak mengapa.
Ana: Maknanya lebih baik saya tidak berpurdah lagi ke ustaz?
Ustaz: ye (sambil senyum)
Semakin hari, aku semakin takut. Seolah2 tidak tetap dgn
pendirian diri sendiri. Namun, kenape bertanyakan pendapat org kalau memang
tidak mahu menggunakannya?
Hari ini, aku cuba. Cuba membuat keputusan untuk bukak
hijabku kembali namun…….
Masih tidak mendapat kekuatan untuk tidak berpurdah?
Hari ini juga aku mendapat jalan yg diberikan oleh ustaz
tapi kenape diriku terase berat nak buat.
Bismillahirahmanirrahim,.
Ya Allah, tuntunlah langkahku ini. Jika baik bagiku semua
ini maka aku terima dan rela. Aku percaya janjiMu. Dan aku berani untuk menyerahkan
segala2nya kepadaMu kerana jika ini keputusan aku pada hari ini, tentulah ada
hikmah besar buatku ini.
Ya Rahim,
Keluargaku adalah saudara aku yg paling dekat yg Engkau
kurniakan. Jika aku hari ini aku harus akur dgn kehendak dan keinginan mereka.
Maka semuanya aku serahkan padaMu yg maha Memberi.
Ya Rahman, seandainya bakal teman hidupku ingin melihat
diriku berpurdah maka insyaAllah setelah aku menjadi SAH buatnya sekali lagi ia
akan menjadi pakaianku.
Jika aku melakukan kesalah dgn membuat keputusan seperti ini
maka Engkau halanglah langkahku ini.
P/s: Semoga langkahku adalah yg terbaik.
Allah,
ampunkan hambaMu ini.
ampunkan hambaMu ini.
Keluargaku,
maafkan isya.
maafkan isya.
Bakal teman
hidupku,
Jika kamu
menginginkan itu,. Akan aku ikuti kelak.maafkan aku jika hari ini aku masih memperlihatkan wajahku
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-