‘KAMU ditakdirkan……….’
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Thuma
walhamdulillahirabbil a’lameen..
Linangan air mate
menemamiku meneruskan post malam ini. Ntah kenape perlu ditangisi ntah kenape
rasenya bimbang sekali. YaAllah,aku tahu dan sedar bahawa segala ape daripadaMU
merupakan setiap kebaikan yang menghampiri hamba2Mu. Namun kenape perasaan ini
masih ragu menerima segala ketentuanMu. Aku juga hairan, dimana diriku yg dulu?
Bukan aku paling yang layak
Aku tak sanggup menjadi mangsa hasad
Aku tidak hebat memandu organisasi ni
Kalau aku bukan pemimpin, tentu aku tidak akan menghadapi
masalah ini
Itulah alasan2 ku . . . .
Namun siapa yang mampu membantu aku dikala ini?
Sahabat2 ku, aku
tidak mahu kehilangan kalian. Janganlah disisihkan aku sehingga jatuh terduduk
sendiri kerana bajuku yg sudah bertukar. Aku masih tetap aku, dan aku masih
menyanyangi kalian. Especially untuk along, angah & acik. Sue taknak sume
ni tapi Sue terpaksa berdepan ;( ..
Kata demi kata yg singgah diinboxku:
“ ujian semua
ni.. try lah hadapi dulu, mano tahu jadi koho tabah.. sabar yang deh.. calm
down”
“inginku
kongsikan tatapan ini untk hatiku & hati sahabatku kerana ALLAH ..’ Mukmin
itu jiwanya damai , tak mudah tergoncang oleh ujian.. baginya ujian sebagai
pengajaran dr ALLAH , tanda kasih sayngNya, jua penghapus dosa,. Dan kate2 dr
seorg sahabatmu: “bersabarlah, bukan sume itu yg kmu minta ttpi anugerah yg
diberikan oleh ALLAH tanpa diduga, tapi
1 yg inginku pesan agar kamu kuatkan semangat dlm menghadapi semua ujian yg berlaku”
“ adik.. xleh
gitu.. law adik xtrime amanah tu . bermakna adik menafikan kelebihan yg ALLAH
berikan kpd adik”
Disetiap kali menyentuh hal ini, aku menjadi begitu
sensitif.
Aku sendiri masih
dibuai dilema, masih terkapai-kapai,. Menangis mengadu padaNya,. YaAllah jika
benar ini kebaikan yg tersembunyi maka tetapkanlah ia untukku ,jika aku tidak
mampu melaksanakannya dgn baik janganlah biarkan ia terus menjadi
milikku,.ameenn
SABAR
Itula perkataan yg terbingkai kemas dibenakku. Sabar itu
terpuji. Dulu aku sering menganggap Org yg sabar akan menerima cabaran dgn
tenang, memikirkannya dgn teratur & jika timbul masalah dia tidak putus
asa. Semangat ketabahan yg ada pada seseorang
yg sabar itu menunjukkan kewibawaannya dlm menjalankan tugas.
Keberaniannya mengahadapi dugaan & kepercayaan terhadap matlamat yg harus dicapai. Dia sebenarnya mempunyai
wawasan yg jelas & hanya mengatur langkah2 yg sesuai untk mancapai wawasan
itu. Kelakuan gopoh-gapah tidakmembawa keuntungan,malah akan menghasut keadaan
sehingga kucar-kacir & rumit.
Mana mungkin Allah mengirimkan anugerah ini untuk
menyusahkan aku, mana mungkin iabisa jatuh ke tangan aku jika Allah tidak
mengizinkan.
“YaAllah, engkaulah
yg paling tahu dalam hati & diri ini,. aku mohon bimbinglah aku menjadi yg
terbaik drpd yg baik2,. YaAllah tentukanlah sebaik2 ketentuan
buatku,.Kuatkanlah aku dlm menghadapi sebarang cabaran & dugaan,. Aku mohon
yaAllah, jgnlah berpaling daripada hambaMu ini, jgn biarkan aku lalai dgn
kemaksiatan,kerosakan & kemusnahan,. Jauhilah aku drpd penyakit2 hati
,..ameenn”
Mengakhiri post malam ini,aku kagum
melihat semut yg tidak pernah kenal erti
penat & lelah seperti manusia. Sang semut yg memikul benda yg berpuluh2
lebih berat daripada dirinya, namun kegigihan & kesabaran & kekuatan
hatinya tidak akan padam sehingga selesai kerja atau matlamatnya utk dikecapi.
p/s: Sahabat, doakan saya semoga tabah menghadapi ujianNya kali ini,. YaAllah semoga ini kebaikan buatku.amen!
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-