Hanya Nota dan Tulisan Hati.
Assalamualaikum kepada semua saudara2ku yg dirahmati.. Dengan IzinNya, aku mengambil sedikit peluang utk berkongsi.. Demi Allah, aku seorang anak yg beruntung.. Dihantar oleh Abah dan Ma utk menuntut disekolah agama.. Namun, apalah istilah 'sekolah agama' jika tidak diambil intipatinya sebaik yg mungkin.. Harini, Allah memberikan kekuatan buatku utk menggunakan keberuntungan itu.. Sebelumnya, aku ingin memohon kemaafan sekiranya kehadiran nota hati ini akan menjadi kongkongan yg membelenggu saudara2ku. .Alhamdulillah, aku dikurniakan Islam & Iman, dua perkara yg jarang sekali disyukuri oleh setiap insan.. Jari ini menari menghasilkan sentuhan terindah dan bermakna ini bukanlah untuk mendapat pujian apalagi penghinaan.. Beruntunglah kepada mereka yg ingin menerima dan rugilah bagi mereka yg menolaknya.. Perkara Pertama: Aurat Maaf ! Aku membenci mereka yg tidak menutup aurat.. Kerana perbuatan itu dibenci oleh Allah dan sekiranya Allah membenci apalah erti hidup ...