Aku memilih bukan menolak & menentang =)
In the name of Allah. Sudah lama jari berhenti menaip =) kerana kekangan kehidupan yg baru (mungkin) hehe Kali ini aku cuba kembali, kembali memberi sesuatu yang baru berlaku dan terjadi. Ia lebih berkisar kepada kehidupan aku disini. Sungguh! Semakin lama disini, semakin banyak tayangan jalan kehidupan yang aku lihat. Watak-watak yang benar-benar menjadikan aku terpelajar mengenali manusia. Aku tidak kata aku ini sempurna kerana sebelum cukup itu adalah kurang. Jadi, kita belajar menerima kekurangan orang bukan MENGHUKUM terus-terusan. Kalau aku kata hidup aku disini bahagia, itu macam sedikit berbohong kerana waktu 'disana' dulu aku lebih terisi dan tenang. Ish! ini jalan pilihan aku, Allah tentukan maka Alhamdulillah apa adanya ^^ Yang menolak terus dianggap bersalah. Yang tidak bersama terus diketepikan. Padahal matlamat dan maqasid kita tetap sama: Menuju Allah yg Maha Esa. Aku tidak menafikan sedikit pun bahkan bukan sikap aku mengatakan dakwah ...