Sedetik Lebih . . .
"...Kasihku ku amat mencintai kamu kerana kau beri erti hidup. Ku kan terus mencintai sedetik lebih selepas selamanya..." ~~Sayu mendengar lagu Anuar Zain ini. Begitu menusuk kalbu dan membuai jiwa. Adakah aku akan berasa sedemikian jika mendengar sewaktu hatiku gembira? (agak meraguinya, namun kemungkinan itu ada.) Cuma ia bukanlah kesedihan, tetapi boleh dikatakan sebagai ‘Kesyahduan dalam kegembiraan’. Satu yg saya belajar tentang lagu ialah kebanyakkannya berkisarkan kisah kehidupan. Ada suka. Ada duka. Ada tawa. Ada seloka. Liriknya pula menguatkan lagi keasyikan kita mendengar lagu tersebut. Menghayati penceritaan disebalik apa yang cuba disampaikan oleh penggubah lagu dan penulis lirik. Kemudian secara tak langsung mengaitkan ia dgn diri kita. Apabila lagu berkenaan berkait benar dengan kehidupan kita, maka kita akan mudah tersentuh. Mudah mengalirkan ai rmata dgn setiap liriknya kera...