Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Menurut Muhammad (2007), Iman adalah ucapan dan perbuatan. Ucapan hati dan lisan, dan amal hati, lisan dan anggota tubuh, iman itu bertambah dengan taat dan berkurang dengan maksiat.  Seperti yang telah ditakrifkan oleh Muhammad, Iman terdiri daripada tiga aspek utama iaitu membenarkan dengan hati (al-tasdiq bi al-qalb), berikrar dengan lisan (al-iqrar bi al-lisan), dan membuktikannya dengan anggota badan (al-‘amal bi al-jawarih) namun terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa aspek ketiga iaitu al-‘amal dengan istilah al-‘amal bi al-arkan yang bermaksud melaksanakan rukun-rukun Islam.  Daripada bacaan penulis, konsep dapat difaham dengan dua keadaan menurut fahaman dan pegang mazhab atau aliran masing-masing iaitu terdapat mazhab yang menerima ketiga-tiga aspek secara mantap dalam mendefinisikan Iman itu dengan mengatakan seseorang itu dikatakan beriman dengan al-tasdiq bi al-qalb, al-iqrar bi al-lisan, al-‘amal bi al-jawarih atau al-‘amal bi al-arkan.  Aliran lain ada juga ya