Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan- Program Khas Pensiswazah Guru (PKPG)    Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam diri individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994) . Pendidikan boleh dipecahkan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan Formal. Pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malayisa (KPM) adalah sistem pendidikan formal iaitu satu pendidikan yang mempunyai sukatan pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi. Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti.    Pembelajaran yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seben